Amazon MP3 Clips

Wednesday, August 10, 2011

kisah IQA


Norzulaikha bt Mashar adalah seorang anak kelahiran Kelantan. Nama panggilan atau nama timangan di kalangan keluarga dan rakan-rakan ialah Iqa. Mempunyai dua orang adik beradik dan Iqa adalah anak sulung mempunyai seorang ibu mithali yang bertanggungjawab. Dilahirkan dari keluarga sederhana namun penuh dengan kebahahagiaan. Dia tidak pernah mengenal erti kepayahan dan kesusahan sejak dari kecil lagi. Dia sentiasa tabah menghadapi ujian dan gigih untuk maju ke depan walaupun menempuh pelbagai rintangan dan dugaan yang penuh cabaran dalam kehidupannya. Walaubagaimanapun orang disekelilingnya telah memberi kesedaran dan tanggungjawab yang lebih untuk menghadapi segala rintangan tersebut untuk pandang ke depan tanpa menoleh ke belakang.
Hidup bersama bilangan ahli keluarga yang sederhana dan mempunyai ibu mithali yang penuh tanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang telah memberikannya pengalaman yang perit sejak dari kecil lagi untuk terus maju ke hadapan tanpa mempedulikan percakapan negatif orang disekelilingnya. Bagi pandangan Norzulaikha ,seseorang yang banyak memperkatakan orang lain tanpa mempedulikan perasaan seseorang yang diperkatakan adalah orang yang gagal dalam kehidupan. Bak kata pepatah,umpama lidah tidak bertulang tetapi lebih tajam dari sebilah pedang. Asyik bercerita tentang keburukan orang lain sampai kehidupan sendiri pun tidak terurus. Kesan dari terlanjur percakapan yang boleh menggadai maruah dan juga kerana mulut atau tutur kata yang tidak elok boleh juga menjadikan badan sendiri binasa.

            Norzulaikha binti Mashar telah dibesarkan di Beranang,Selangor pada tanggal 2 April 1989. Sewaktu zaman kanak-kanak, hidupnya penuh bahagia dan riang sekali seperti kanak-kanak yang lain tetapi peluang yang digapai hanya sementara ketika Iqa berumur 15 tahun, dia kehilangan seorang bapa yang amat sangat dia sayangi dan cintai di dalam hidupnya.. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Esa dan lebih menyayangi hambanya itu, arwah ayahnya telah pulang ke rahmatullah sewaktu dia masih memerlukan seorang ayah untuk membimbingnya dan mengajar erti kehidupan dan memberikan kasih sayang yang penuh dari seorang lelaki yang bergelar bapa. Walaupun dalam kesedihan dan juga tekanan dia sedar bahawa kehidupannya perlu juga diteruskan seperti insan yang lain kerana setiap dugaan harus ditempuh dengan redha. Dia meneruskankan hidupan seperti insan yang lain dengan normal dan mendapat sepenuh kasih sayang dari ibunya yang amat memahami anak sulungnya itu.
Kata orang yang pergi biarkan pergi,yang hidup harus meneruskan kehidupan dan menjadikan pemergian itu pengajaran dalam hidup.
Setelah kehilangan ayahnya yang tersayang dia telah berulang kali berpindah sekolah di Beranang iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari ke Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor di Kelantan iaitu di tempat kelahiran asal ibunya. Sebelum ini ramai saudara mara yang ingin menjaganya namun tidak ada sesiapa boleh memisahkan hubungan anak dengan ibu kandungnya sendiri yang lebih memahami Iqa dari orang lain. Dengan penuh kesabaran dan pengertian dia telah bertukar dan menetap di negeri Cik Siti Wan Kembang atau diberi nama negeri Kelantan. Di situ, dia tinggal bersama ibu,adik,nenek dan datuknya. Di sana, dia telah mempelajari suatu budaya yang sangat berbeza dari tempat kelahiran Iqa seperti gaya hidup,pemakanan,pemakaian dan sebagainya. Semuanya adalah sangat berbeza dari apa yang diinginkannya. Menurut kata Norzulaikha,dia amat bersyukur kerana telah berpindah dari Beranang ke Kelantan. Jika tidak,dia seorang yang sangat berbeza sewaktu sebelumnya. Dari seorang kanak-kanak yang nakal dia telah berubah menjadi seorang anak yang matang di Kelantan walaupun menghadapi ujian yang sangat besar dalam hidupnya. Namun begitu kehidupan ini begitu adil,dugaan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada Iqa mempunyai hikmahnya tersendiri.
 
            Dari seorang yang berperwatakan riang telah bertukar menjadi kepada seorang yang pendiam dan merendah diri. Baginya,ketiadaan seorang ayah seperti orang lain menjadikan dia seorang yang lain dari yang lain. Dia hanya mampu berdiam diri memerhatikan orang disekelilingnya yang bahagia bersama keluarga yang besar dan bahagia di samping keluarga mereka. Namun begitu ianya tidak mematahkan semangatnya untuk ke depan. Cuma dia tidak mahu menonjolkan dirinya kepada orang ramai kerana tidak mahu orang mengenalinya dan akan memperkatakan dirinya. Bagi dia,biarlah dia seorang yang menyimpan rahsia serta masalah yang dihadapinya dan menyelesaikannya sendiri. Apa pun tanamkan sikap positif dan jangan cepat berputus asa dan ingat dugaan untuk kita adalah pelbagai. Jangan cepat melatah bila diuji. Ada yang diuji dengan wang ringgit dan ada pula yang diuji dengan kemiskinan. Jika kita berjaya melaluinya, Alhamdulillah. Dan bila kita jatuh dan terduduk carilah ruang untuk membina dan bangunkan kembali keyakinan diri. Dia seorang yang memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

            Kejayaan Norzulaikha pada awal pula dia memperoleh keputusan dengan keputusan SPM yang boleh dikatakan cukup-cukup makan dia telah menyambung pelajarannya ke peringkat STPM pula. Namun begitu dengan keputusan yang diperolehnya tidaklah terlalu memberangsangkan kerana mendapat agregat sebanyak 2.95. Dengan itu,keputusan yang diperoleh tidak melayakkanya untuk mendapat tempat di pusat pengajian tinggi universiti tempatan. Namun begitu ianya tidak mematahkan semangat untuk anak gadis yang bernama Norzulaikha Bt Mashar untuk meneruskan perjuangan dengan berusaha untuk meneruskan usaha gigih menyambung pelajaran di peringkat diploma pula. Setelah itu dia memasuki kolej swasta dengan mengambil jurusan diploma kewartawanan di institusi tersebut. Dengan semangat dan minat yang mendalam untuk menjadi seorang wartawan dia berusaha dalam menggapai impian dengan berhasrat dan bercita-cita menjadi seorang wartawan yang berjaya yang dikenali oleh orang ramai. Dia berhasrat dan bercita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita yang hebat. Mungkin dengan hasrat keinginan dan cita-cita yang kukuh telah membuatkan semangatnya membara dan ingin membuktikannnya kepada orang ramai bahawa dirinya seorang yang berkebolehan. Baginya,bidang wartawan yang dipilih telah menajamkan minatnya untuk lebih ke depan kerana ingin menjadi seorang pembaca berita dan pengacara televisyen dan mahu dirinya berada di kaca televisyen.

            Menjadi seorang wartawan tidak seharusnya mengejar populariti. Wartawan boleh jadi agen khidmat masyarakat. Besar ertinya kepada mereka yang memerlukan. Tapi untuk jadi yang terbaik usaha perlu dilakukan. Baginya,berbekalkan kemahiran yang dipelajari,ditambah dengan usaha yang berterusan dan tidak jemu mendengar nasihat orang yang lebih arif dan berpengalaman. Apa yang membuatkan Norzulaikha ini meminati dunia kewartawan ialah kerana minat yang mendalam dalam bidang penulisan dan membaca. Iqa juga pernah berkata bahawa pengalaman masa lalu ikut menentukan pilihan kita di masa akan datang. Alasan tersebut mungkin menjadi pengalaman yang ikut mempengaruhi pilihannya mengapa Norzulaikha binti Mashar memilih menjadi wartawan.

           
            Dan ketika ini juga dia sedang memasuki semester 5 pada tahun ini.Dengan harapan yang tinggi dan tugas beratnya untuk memikul segala tanggungjawabnya di masa kan datang, dia sabar dan dengan semangatnya yang berkobar untuk menolong keluarganya dan juga dirinya, Iqa terus berusaha untuk menggapai kejayaan di menara gading. Tetapi tanpa seorang insan misteri yang banyak menolongnya untuk bangkit meneruskan kehidupan, banyak memberikan semangat dan nasihat kepada Norzulaikha mungkin dia tidak akan menjadi dirinya. Setiap kejayaan yang dikecapi oleh Norzulaikha binti Mashar adalah kejayaan untuk arwah bapanya dan juga ibu dan adiknya.

1072 patah perkataan